Anak-anak Degil?

Assalamualaikum semua !

Pada entri sebelum ini saya telah kongsikan pada anda tentang Petua Melembut Hati Anak-anak. Namun, pada harini saya ingin kongsikan KENAPA ANAK-ANAK DEGIL ? Nak tahu tak ?

Untuk pengetahuan ibu bapa semua, dosa lampau yang pernah dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri merupakan faktor anak-anak kita degil. Cuba tuan-tuan dan puan-puan merenung apakah sikap yang kalian telah lakukan pada zaman muda dulu-dulu.

  • meninggalkan solat
  • pernah melawan/bercakap kasar dengan ibu bapa pada zaman remaja.
  • ponteng sekolah dan merokok.
  • mencuri duit/barang/buah dari dusun orang (walaupun nilaiannya hanya beberapa ringgit)
  • mengurat/mengacau anak dara orang.
  • mencuri masa bekerja di pejabat dengan melakukan kerja-kerja peribadi.
  • mengambil harta pejabat untuk kegunaan peribadi.
  • menipu dalam urusan jual beli.
  • menipu ibu bapa memberitahu balik lewat sebab tuisyen padahal bersosial dengan kawan lelaki dan perempuan.
  • duduk berdua-duaan, berjalan berpimpin tangan dengan kekasih hati yang bukan mahram.
  • mendedahkan aurat kepada bukan mahram.
  • suka melihat video atau gambar lucah.

Ini adalah sebahagian kecil fenomena penipuan dan dosa-dosa yang mungkin pernah kita lakukan suatu ketika dahulu mahupun yang sedang berlaku. Tanpa disedari keadaan ini telah membawa kesan negatif dalam kehidupan berumah tangga terutama dalam membesarkan anak-anak. Ada duit gaji sudah bercampur dengan unsur syubhah yang diberi makan kepada keluarga.


Masih belum terlambat lagi untuk bertaubat. Di sini saya ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengubah diri anda supaya dapat dicontohi oleh anak-anak. Inn Shaa Allah :)

  1. Kembalilah bertaubat- buatlah Solat Sunat Taubat dan solat-solat sunat yang lain.
  2. Banyakkan beristighfar - kalau banyak membuat dosa pada manusia, usahakan memohon ampun dan perjelaskan kesalahan yang pernah dilakukan.
  3. Solat Sunat Tahajud pada sepertiga malam atau pada penghujung malam- pada keheningan malam, berdoalah dengan rendah hati minta Allah ampunkan dosa-dosa kita dan ahli keluarga kita terutama dosa anak-anak.
  4. Jaga solat lima waktu ahli keluarga, galakkan mengerjakannya pada awal waktu- keberkatan solat berjemaah memudahkan doa dimakbulkan oleh Allah.
  5. Jaga adab sopan, batas aurat dan pergaulan.
  6. Tidak melemparkan kata-kata yang tidak baik kepada anak-anak walaupun ketika marah.
  7. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
  8. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

Sabda Rasulullah s.a.w. 


“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” 






No comments:

Post a Comment